Sunday, April 24, 2011

Tahun 2002, ALLAH pertemukan aku dengan dirinya. Kali pertama aku terpandang dirimu di satu sudut di kelasku, Kau memandangku, aku juga memandang dirimu. Kita saling tiada perasaan aneh. Namun hari demi hari, aku mengenali dirimu, aku terpikat dengan dirimu. Kecomelanmu membuatku terpesona, kenakalanmu bersama teman-teman membuatku tersenyum sendiri. Aneh sekali, aku suka pada lelaki sepertimu.

Tahun 2003, kita sama-sama melangkah ke tingkatan 4, kita berbeza kelas pada mulanya, namun rombakan kelas membuatkan kita bersama semula. Aku duduk menghadap mejamu. Sering kali mencuri pandang wajahmu. Sering kali menatap wajahmu. Sering kali tersenyum sendiri bila melihat telatahmu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku tahun itu, setiapnya kucatatkan di dalam diari hatiku. Terlalu indah sehingga aku tidak mahu terlepas daripada mengingati setiap peristiwa itu.

Tahun 2004, kita terpisah, aku naik kelas, dan kau kekal dikelas yang sama. Tahun itu aku berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Setiap kali kau lalu dikelasku, aku mencuri pandang. Bila kau datang ke kelasku, aku tak keruan. Lucu benar. Aku sering mengharapkan kita berdua dapat berbual-bual, tapi apakan daya, aku terlalu malu. Malu benar terhadapmu. Suaraku sering kali enggan keluar, walaupun aku cuba memaksa untuk keluar. Aku hanya mampu memandangmu. Bila kita berbicara, bicara kita tidak pernah lama. Entah apa silapnya. SPM menjelang tiba, aku berperang dengan kertas soalan. Sepanjang peperiksaan wajahmu tidak kelihatan. Aku rindu wajahmu. Tapi apakan daya, aku tak mampu mencarimu. Minggu peperiksaan berlalu. Aku menantikan keputusan peperiksaanmu. Dirimu kurindu. Payah benar untuk bertemu denganmu.

Tahun 2005, awal tahun. Keputusan peperiksaan diumumkan. Debaran menggila. Kukuatkan langkahku ke dalam dewan sekolah. Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang agak baik. Aku mencari-cari dirimu, tapi tidak kutemui. Akan tetapi kau muncul juga, rinduku selama beberapa bulan terlerai. Wajahmu agak berlainan. Rambutmu agak panjang daripada kali terakhir aku melihatmu beberapa bulan dahulu. Aku cuba mendekati, tapi aku tak mampu. Hanya mampu memandang. Aku terlalu malu, itu silapku. Kenapa jadi begini? Kerana terlalu malu, aku berlalu pergi meninggalkan dewan itu. Bodoh benar diriku ketika itu. Bulan 5, tahun 2005, aku bertemu denganmu selepas beberapa bulan keputusan peperiksaan diumumkan. Kita bertemu dipejabat sekolah. Kita saling membisu. Aku tidak memandang wajahmu. Sekali lagi aku melakukan tindakan bodoh dalam hidupku. Kau melangkah pergi, dan aku hanya mampu memandang langkahmu yang makin hilang. Bulan 5, tahun 2005 juga, aku mendapat tawaran di matrikulasi. Kutekadkan hatiku, kau sahaja dihatiku. Aku meningkatkan usahaku. Aku belajar dengan tekun.

Tahun 2006, pengajianku di matrikulasi tamat. Aku menantikan tawaran melanjutkan pelajaran di universiti. Alhamdulillah, aku diterima di salah satu universiti tempatan. Aku mula menyediakan diriku untuk ke sana. Namun, sesibuk manapun diriku, aku tetap merindui dirimu. Sayang sekali, kau tidak mengetahuinya. Saat yang dinanti tiba jua, aku mendaftarkan diriku di kolej kediaman di universiti berkenaan. Bermulalah hidupku sebagai pelajar universiti. Rinduku semakin menggunung pada dirimu. Kuhanya mengetahui tentang dirimu melalui kawan-kawanku.

Tahun 2007, saat ini cintaku padamu mulai goncang. Tidak perlu kunyatakan kenapa. Tapi bodohnya aku percaya cinta itu. Cinta yang tak pasti. Cinta yang hampir memusnahkan kepercayaan aku terhadap cinta. Bodohnya aku kerana curang pada perasaanku terhadapmu! Mungkin itu balasan buat diriku.

Tahun 2008, tiba jua. Kutekadkan dirimu untuk menghubungi dirimu buat kali pertama dalam hidupku. Saat itu, hanya ALLAH yang tahu. Hidup terasa indah seketika. Namun, akhirnya aku akur dengan takdir. Kau bukan untukku. Aku menghubungimu lagi dengan menghantar SMS, tapi tidak berbalas. Aku cuba menyedapkan hatiku, mengatakan kau tidak mempunyai credit untuk membalas mesejku. Tapi akhirnya aku akur, aku tak mungkin memenangi hatimu, tak mungkin dapat mendekati dirimu. Kerna, hatimu ada dia. Hakikat yang sukar untuk aku menelannya bulat-bulat. Aku akur kini. Aku terlewat untuk mendekati dirimu. Aku gagal.

Kini aku akur. Sudah kuketahui isi hatimu. Aku mula belajar untuk tidak merinduimu. Aku belajar untuk melepaskan bayanganmu. Aku tidak mungkin dapat mendekati dan menawan hatimu. Aku terlewat untuk memulakan langkahku mendekati dirimu. Kuakur dengan ketentuan-NYA. Namun, telah kutekadkan hati ini, seumur hidup ini, aku tak mungkin akan mencari pengganti dirimu. Untuk sahabat-sahabatku, jadikan kisahku iktibar buat dirimu. Kejarlah cintamu, selagi upaya, jangan biarkan cinta itu terlepas kerana sikapmu. Ingatlah pesanku.

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Ainaz Arianna.

cita ini ak petik dawe warkah buat mu.....


thanks sayang


emmm ny my love.....huhuu kwn baik ku.....smua rahsia ak ada pda diowng...diowng la tmpt untk ak luahkn perasaan y enth apa2...huhuhuhu diowng juga pndamping ak tak kala ak sedih atau kecewa.....huhuhuh ak syggg diowng.....emmmm sooo sweet,huhuhuh
thanks sayang

huhuhuh aksi yana apabila belon nya d terbang kan...huhuuhuuhu so sweeett.....windu at kowng....terutama cikgu naimah n cikgu zazila
thanks sayang


ny pic mca awe sukan thn lpas...penat cikgu2 wat kpts memilh pmng...huhuhuhuh
thanks sayang

^_^

Bila lelaki curang???????????

Pew perasaan ko wg bla laki yang kowng curang????sakit x????adoi...dlm mslh ny bkn salh siapa2,skunk laki ka ponpuan yg bnyk curang???bagi ak laki skunk x leh nk prcaya 100% macm 2 jgk la pompuan.smua sma ja,masing2 ego lbh,nk tnjk pndy ja...dalam topic n yak nk kongsi pda kowng tntng stu yg ak pendam..

Hati pompuan bila lelaki tu curang betapa sakitnya hati,walaupum pompuan itu setia pada lelaki tetapi lelaki itu sebaliknya..kita tidak tahu lelaki skunk tidak jujur bagai mna??sudah bnyak perempuan ditipui oleh lelaki....termasuklah ak.....dulu ak pernah ditipu oleh lelaki yang pertama kali aku cintai,kesetiaan ku dia meragu e,jadi mmbr satu seribu alas an pada ku unk putus,pada mulanya kami mmbwa bincang,dan akhirnya kmi putus jua,dia owng y ak amt cintai pda msa itu.tiada orang lain...jadi sikap marah ku pada nya ak lepaskan pada lelaki...ak mnjadi play gurz,tiada siapa pon tahu,smpai stu tahp ada kala nya ak cpl campay 4 owng....ak sedar akn kesalhn ak mmainkan prasaan owng y tidak brslh..jadi ak mmbuat kptsn unk putus kesmuanya....sehinggalah ak bertemu denggan si dia......skunk ak ammat mencintainya,,,kadang kala hubungan kami berkocak tidak mnjadi halangan....ak brcadg mmbwa dia brtemu dngn ibu ku...tetapi biarlah ak habis bljr dhulu...bnyk yag mnghlg cinta ku dengan si dia aku tetap bertahan......siapa tahu jodh ku......ak juga tidak lagi mngulngi kesilapan yang pernah ak lakukan dahulu....tetapi...ak tetap mncintainya...

Soooo....akk hnya cinta kamu......sowng...


thanks sayang

Friday, April 22, 2011

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"


huhuhuh cita ny aku petik ja at internet.......
thanks sayang

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti
di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri
bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan
bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai
suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka
mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang
tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah! Abang
mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun
isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa
isterinya tetap mendengar,
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau
melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak
mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak
perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia
tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam
hati."
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma
itu…..:)
thanks sayang