selamat petang semua!!
korang tak kuar ke petang ni
mana tahu ada temu janji ke ar date dengan
pakwe/makwe ke
sia?nk kuar la ni
tengah tunggu mmber mai ambik
tapi seblm tu sia nak post ni dulu untuk korang
yang ada masalh dengan rambut
baca la ye..
hope you all like .


Rambut kering dan kusam, selain sering kusut dan sukar untuk diuruskan akan menjadi lemah dan mudah patah. Oleh kerana itu, jangan pandang remeh pada masalah ini. Kamu harus segera mengenal pasti cara untuk merawatnya agar rambut kamu kembali sihat dan bersinar. Jadi jom semak!
1)Amalkan makan Vitamin A,B,C dan E khusus untuk penjagaan rambut.
2)Hindari penggunaan gel yang boleh menyebabkan rambut gugur dan kering.
3)Kamu perlu tahu penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut.Penggunaan syampu yang tepat memberikan kesegaran pada rambut.Sekiranya tersilap pilih syampu, rambut lebih mudah gugur atau kering.
4)Setelah rambut dicuci dengan syampu, krim khusus untuk rambut haruslah disapukan ke rambut. Tujuannya agar dapat mengawal rambut supaya tidak reput dan beruban. Penggunaan krim juga bertindak untuk merangsang pertumbuhan rambut supaya lebih segar,sihat serta pengaliran darah pada rambut menjadi lebih lancar dan stabil.
5)Pengambilan minuman memainkan peranan terhadap rambut.Amalan minum air suam ataupun jus buah-buahan sekurang-kurangnya dua liter sehari bukan sahaja untuk kesihatan badan tetapi juga mampu memberi kesegaran pada rambut yang menjadi mahkota semua gadis.
6)Kamu pasti sangat menyukai mandi wap atau air yang cukup panas untuk membilas rambut. Sebenarnya, air panas tidak dapat menjaga kelembapan pada rambut kamu.Untuk itu, gunakan air dingin untuk menjaga kelembapan rambut yang diinginkan.
7)Biarkan rambut bebas ketika tidur. Rambut juga memerlukan ruang bernafas setelah seharian beraktiviti. Ikatan yang terlalu kuat akan menyebabkan helaian rambut tertarik dan akhirnya kering dan gugur.
8)Rehatkan rambut daripada alat penataan rambut yang mengeluarkan hawa panas seperti alat pengeriting, pengering rambut dan alatan lain.
9)Jangan bersyampu setiap hari. Orang yang rambutnya cenderung berminyak mungkin disarankan untuk mencuci rambut setiap hari. Tetapi andai rambut kamu kering, sebaiknya jangan lakukan hal ini. Mencuci rambut setiap hari akan mengurangkan minyak semula jadi yang ada dalam rambut. Akibatnya, rambut menjadi kusam, kering dan kusut. Bersyampu setiap dua hari sekali sudah mencukupi.
10)Jangan sesekali menyikat rambut yang basah kerana dalam keadaan basah, rambut yang kering akan sedikit rapuh.Menyikat rambut ketika masih lembap dan basah boleh menyebabkan rambut patah.
ok dah baca bukan,
boleh la pas ni you all cube ye,pasti menjadi!