Tuesday, April 26, 2011

kta hati

Kalau hubungan itu putus disebabkan anda yang memutuskannya, aku rasa ianya agak rumit. Munkin hati si dia telah terluka. So peluang untuknya kembali kepada anda agak tipis. Ibaratnya anda telah membina sebuah istana yang indah, tetiba anda rasa istana itu tak cantik dan tak menarik, maka anda roboh dan musnahkanya. Sudah tentu lah ianya akan mengambil masa yang lama untuk dibina semula. Betul tak? Kalau hubungan itu putus, disebabkan si dia yang memutuskannya. Si dia munkin sakit hati, geram dan marah dengan anda. Anda perlu berikanya masa bersendirian, munkin ada sesuatu tanpa anda sedari, menjadi punca kepada si dia memutuskan hubungan tersebut. Anda juga perlulah muhasabah diri, fikirkan kenapa si dia memutuskan hubungan. Jika punca dan masalahnya telah dikenalpasti. Pujuklah si dia perlahan-lahan. Sampai masanya, munkin dia boleh menerima anda semula. Berikan si dia masa.

Kalau hubungan itu putus disebabkan perkara yang kecil, munkin peluang untuk si dia kembali adalah tinggi. Asalkan kena gaya dan caranya anda memujuk si dia. Cuba mengalah dan mengiyakan saja apa yang si dia katakan. Si dia yang betul, anda yang salah. Jangan mengungkit kembali perkara yang telah berlaku. Apa yang penting ialah si dia kembali kepada anda.

Kalau hubungan itu putus kerana masalah yang besar. Ini memang benar-benar memberi masalah kepada anda. Untuk memujuknya kembali, anda perlu pastikan masalah tadi telah selesai. Jika anda yang menjadi punca kepada masalah besar itu, berjanjilah sepenuh dan seikhlas hati tidak akan mengulanginya lagi.


thanks sayang

No comments: