korang nak tahu bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita merelakan si dia jatuh ke tangan orang lain? Cubalah trik ini manalah tahu ia berhasil.

- Ingat sekali anda telah menjalinkan hubungan cinta dengan si dia cukuplah bagi diri anda memberikannya pelung untuk kali yang ke dua. Mengapa? Sebab ada kemungkinan sahabat akan menemui kesalahan yang sama pada si dia kelak. Kata orang sekali dia sudah mengeluarkan kata putus tidak bermakna sahabat tidak akan berjumpa orang yang lebih baik dari si dia.
- Kemaskan penampilanmu, sarungkan ke tubuhmu dengan warna-warna yang lebih ceria supaya sahabat akan kelihantan lebih menarik di matanya. Tapi jangan rosakkan apa yang sahabat sedia ada dengan tidak menghargai apa yang Tuhan kurniakan pada sahabat. Seperti contoh bersosial sana-sani, bunuh diri, disco, mabuk, dadah sebab cinta di tolak. Bukankah ia satu perkara yang tidak mendatangkan untung kepada diri sendiri.
- Laluilah kehidupan ini dengan penuh keceriaan. Mulalah belajar dari kesilapan-kesilapan yang lalu.Kerana saat inilah yang paling tepat untuk sahabat mengenali siapa diri sahabat yang sebenarnya. Jika dahulunya sahabat banyak menghabiskan waktu bersamanya maka untuk detik ini, sahabat kumpulkanlah kekuatan untuk membuka lembaran baru.
- Cuba imbaskan kembali detik-detik kemarahan sahabat bersama si dia. Sudah pasti api kemarahan sahabat terhadap dia akan menyedarkan sahabat bahawa betapa beruntungnaya dapat terlepas dari mimpi buruk ketika bersama dahulu. Berilah sedikit keyakinan pada waktu, Insyallah sahabat akan dapat melupakannya.
- Bersantailah bersama-sama temamu, seperti teman sekolej, teman tapi mesra pasti ada diantara ramai-ramai itu akan membuatkan hati dia tidak keruan melihat anda bersama mereka. Dan sudah pasti mungkin si dia juga tahu bahawa sewaktu anda bercinta dengannya dia tahu bahawa dalam kelompok tersebut akan ada insan yang cuba mengejar cinta sahabat kelak.
- Lupuskan dia dalam kamus hidupmu. Musnahkan kenangan yang ada didalam kotak mindamu dan tukarkan sahaja nombor telefon bimbitmu kepada nombor yang baru!
- Mohonlah petunjuk dariNYA. Seandainya si dia sudah takdirkan buat sahabat maka mohonlah kepadaNYA agar si dia akan kembali kepangkuan sahabat kelak. Sekiranya dia bukan jodoh yang terbaik buat sahabat rayulah apda Tuhan agar pandangan sahabat sentiasa jauh pandangan dia.
P/s: Setiap orang tidak rela untuk berpisah akan tetapi perpisahan itulah yang bakal merubah kehidupan kita pada masa -masa akan datang kelak. Namun begitu janganlah kita lupa akan asal usul diri kita yang sebenarnya. Sebab tanpa mereka di sisi kita dahulu pasti kehidupan kita akan diselubungi sunyi..
No comments:
Post a Comment